Dr Akmal, Hilman Akan Didakwa, Kerana Gugat Ketenteraman Awam – AGC

KUALA LUMPUR, 20 Ogos25 — Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan akan mendakwa beberapa individu termasuk Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham dalam masa terdekat.

Ia berhubung kenyataan mereka yang didapati menggugat ketenteraman awam.

“Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh, jabatan ini memutuskan untuk mengemukakan pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan [Akta 574] terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Muhammad Hilman Idham,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, AGC turut mengesahkan akan mendakwa Siti Hajar Aflah Sharuddin di bawaj pertuduhan sama susulan hantaran yang dibuat melalui akaun TikTok ‘SHA Abrienda’.

Manakala, S Chandrasegaran pula akan dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berhubung hantaran yang dibuat melalui akaun TikTok ‘cikguchandra3’.

AGC juga telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan polis berhubung kenyataan yang dibuat oleh Muhamad Akmal di laman Facebook ‘Akmal Saleh’ dan Muhammad Hilman di akaun TikTok ‘alfah.channel.tv’.

“Semua pertuduhan akan dikemukakan di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa setempat (local jurisdiction) dalam masa terdekat.

“Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kesemua individu terbabit didapati telah menggugat ketenteraman awam atau merupakan penggunaan yang tidak wajar terhadap kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya lagi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share