Drama Parti Anak Beranak: Rakyat Sedang Diperbodohkan

Sahabat-sahabat yang budiman, mari kita lihat secara jujur apa yang sedang berlaku dalam PKR hari ini.

Pemilihan dalaman antara Rafizi dan Nurul Izzah bukan lagi soal parti semata-mata. Ia sudah jadi drama terbuka yang mendedahkan perangai sebenar pemimpin mereka.

Mereka selalu cakap soal reformasi, demokrasi, dan ketelusan. Tapi bila perebutan kuasa berlaku dalam parti sendiri, semua itu hilang.

Mereka guna demokrasi sebagai alat. Bila kena pada orang lain, mereka sokong debat dan keterbukaan.

Tapi bila kena batang hidung sendiri, mereka kata debat akan memecahbelahkan parti. Ini bukti jelas bahawa prinsip mereka berubah-ubah ikut situasi — hipokrasi yang nyata.

PKR hari ini bukan lagi Parti Keadilan Rakyat. Rakyat semakin nampak ia sudah jadi “Parti Anak Beranak”.

Nurul Izzah, anak kepada Anwar, kekal relevan dalam parti bukan kerana prestasi, tapi kerana nama keluarga. Ini bukan semangat reformasi. Ini budaya warisan kuasa — yang mereka sendiri pernah lawan suatu ketika dulu.

Kita kena tanya: kalau dalam parti sendiri pun mereka gagal urus, macam mana nak urus kerajaan dan negara?

Apa yang Rafizi dedahkan dalam kempen pun sebenarnya menelanjangkan kelemahan dalam pentadbiran politik PKR, dan secara tak langsung, kelemahan kerajaan Madani yang dipimpin Anwar.

Isu-isu dalaman yang bocor menunjukkan mereka bukan saja bercelaru, tapi tiada hala tuju yang jelas untuk rakyat.

Lebih pelik, media arus perdana pula sibuk angkat isu ini seolah-olah penting sangat untuk rakyat. Padahal rakyat sedang susah – harga barang naik, ekonomi tak menentu, rakyat makin tertekan.

Tapi yang jadi berita utama ialah perebutan jawatan dalam parti Anwar. Inilah wajah sebenar kerajaan Madani — cakap besar, tapi gagal urus parti sendiri.

Sahabat-sahabat sekalian, sudah cukup kita diberi harapan palsu. Kita kena buka mata dan bantu orang sekeliling kita — kawan, keluarga, saudara yang masih dalam PH — untuk lihat realiti.

Rakyat perlukan pemimpin yang amanah, bijak, dan ikhlas. Bukan pemimpin yang sibuk fikirkan legasi keluarga, tapi rakyat terus terbiar.

Bangkitlah bersama. Kita tolak politik anak-beranak. Kita pilih pemimpin yang benar-benar peduli nasib rakyat.

Ghafar Mohamad – Prowaris

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share