Lantik Usahawan Vape Lembaga Pelawat Hospital Perbuatan Khianat – Bersatu

KUALA LUMPUR, 4 Jul 25 – Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Pakatan Harapan (PH) mengkhianati sistem kesihatan awam susulan tular pelantikan usahawan vape sebagai ahli lembaga pelawat Hospital Rembau.

Pelantikan pengerusi syarikat VEmpire Datuk Adzwan Abdul Manas oleh Kementerian Kesihatan (KKM) itu menurutnya bakal menjadikan dasar kesihatan awam negara menjadi mangsa.

“Bila jawatan dilantik atas ihsan politik, inilah jadinya, integriti perkhidmatan awam dijadikan taruhan, dasar kesihatan jadi korban.

“Kalaulah tak terbongkar, jangan mimpi dia akan letak jawatan, yang izin dan sokong pelantikan dia pun pasti bukan calang-calang — orang politik juga,” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Pelantikan Adzwan yang juga presiden Persatuan Peruncit Rokok Elektronik Malaysia (MRECA),  katanya sudah pasti merencatkan usaha mengurangkan tabiat merokok dan vape dalam kalangan rakyat katanya.

“Mana mungkin petugas KKM dan doktor-doktor yang bertungkus-lumus pertahankan ‘Generasi Penamat Rokok’ (GEG), boleh bersubahat dengan lantikan yang terang-terang melemahkan perjuangan mereka?” kata Wan Ahmad Fayhsal lagi.

Media bagaimanapun melaporkan Adzwan mengambil keputusan itu meletak jawatan selepas memikirkan tentang impak dan pandangan negatif yang akan diterima dengan pembabitannya dalam perniagaan vape.

Malah, jawatan itu katanya juga tidak bergaji dan lebih mirip fungsi NGO.

“Jawatan berkenaan hanya jawatan tidak bergaji dan lebih kepada bersifat (aktiviti) badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sesiapa sahaja boleh dilantik ke jawatan berkenaan.

“Bukan salah menteri kesihatan apabila mengeluarkan surat pelantikan berkenaan tetapi lebih kepada kelemahan saya sendiri. Maka saya telahpun meletakkan jawatan itu demi kepentingan semua pihak,” katanya di Facebook hari ini. 

Terdahulu, Pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melantik individu yang mempunyai kepentingan dalam industri vape sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital Rembau, Negeri Sembilan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share