Hamzah Berpotensi Ganti Muhyiddin Ketuai PN, Kata Penganalisis

KUALA LUMPUR, 17 Jul 25 – Penganalisis menjangkakan watak Datuk Seri Hamzah Zainuddin berupaya menyegarkan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha pembangkang mencari momentum bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, sekiranya timbalan presiden Bersatu itu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden, PAS dijangka tidak keberatan memberi laluan kepada Bersatu untuk mengetuai PN bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Jika Muhyiddin berundur jadi penasihat dan Hamzah sebagai presiden Bersatu yang baharu, ada kemungkinan Hamzah akan diangkat dan diketengahkan sebagai pengerusi PN.

“Walaupun (Timbalan Presiden PAS) Datuk Seri Tuan Ibrahim (Tuan Man) kata PAS terbuka dan berbincang,  ertinya sesiapa sahaja boleh jadi pengerusi PN tapi jika Hamzah sebagai presiden Bersatu ada satu tarikan yang baru dan PAS mungkin akan beri laluan, kepada Bersatu sebagai pengerusi PN, bukan Muhyiddin tetapi Hamzah,” katanya, kepada politiko.my.

Mazlan berkata, beliau juga menyedari wujud gerakan dikalangan pimpinan dan akar umbi parti untuk memberi nafas baharu kepada PN menjelang PRU16.

“PN sedang buat persiapan hadapi PRU16, masa dua tahun lagi. Mungkin wujud dikalangan kepimpinan dan akar umbi PN, mereka perlu wajah baharu untuk berdepan PRU16.

“Mungkin PN nampak tidak berkesan, tiada momentum untuk berdepan kerajaan pada PRU16, kenyataan berkait pengerusi ini ada kemungkinan dalam kepercayaan keseluruhan atau majoriti kepimpinan akar umbi PN adalah perlunya ada peralihan,” kata Mazlan.

Jelas Mazlan, walaupun terdapat laporan mengatakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mahu Muhyiddin kekal mengetuai PN, situasi semasa dilihat tidak memihak kepada ahli Parlimen Pagoh itu.

“Trend seolah-olah Muhyiddin bukan  solid satu-satunya calon pengerusi PN…ertinya mungkin ada kepercayaan perlunya berlaku peralihan kepimpinan.”

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, sebelum ini mengeluarkan kenyataan berkata PN perlu melaksanakan konsep musyawarah dengan parti dalam gabungan itu sebelum sesuatu dasar mahu diumumkan.

Katanya, antara isu dasar yang penting dan tidak dirundingkan dulu dengan mereka ialah calon perdana menteri daripada PN.

Tuan Ibrahim sebelum ini juga memberi bayangan terbuka dengan cadangan menggilirkan jawatan PN dan sedia membincangkan perkara itu pada mesyuarat tertinggi Majlis Tertinggi PN akan datang.

Katanya, jawatan pengerusi PN kebiasannya dilantik komponen parti melalui rundingan antara anggota. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share