Trump Umum Tarif Global 15% Lepas Mahkamah Agung AS Batalkan Kuasa Tarifnya

KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan peningkatan kadar tarif import global kepada 15 peratus, sebagai tindak balas kepada keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan sebahagian besar kuasa tariff yang sebelum ini dimilikinya.

Melalui ciapan di platform Truth Social, Trump berkata kenaikan itu akan berkuat kuasa segera di bawah Seksyen 122 dan akan dikenakan ke atas semua negara yang menurutnya telah “mengambil kesempatan” terhadap Amerika Syarikat dalam perdagangan antarabangsa.

Keputusan Mahkamah Agung pada Jumaat lalu memutuskan bahawa penggunaan kuasa darurat oleh presiden untuk mengenakan tarif import secara meluas adalah tidak berperlembagaan.

Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah rendah dan menyatakan presiden telah melebihi bidang kuasanya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 untuk menetapkan tarif global dan duti berkaitan barangan dari beberapa negara.

Walaupun sebahagian besar tarif yang diperkenalkannya dibatalkan, Trump berkata beliau telah menandatangani perintah bertaraf undang-undang untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas semua import, yang kemudian dinaikkan kepada 15 peratus di bawah Seksyen 122 tersebut.

Pengumuman ini menjadikan isu tarif import antarabangsa sebagai fokus baru dalam dasar perdagangan AS, dengan impaknya bakal dirasai oleh rakan dagang utama negara itu dalam masa terdekat. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share