Hamzah dan 14 Pemimpin Dipanggil ke Lembaga Disiplin, Krisis BERSATU Memuncak

KUALA LUMPUR | 8 Feb 26 – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kini memasuki fasa paling genting apabila seramai 15 pemimpin kanan parti, termasuk Timbalan Presidennya, dipanggil untuk menghadiri sesi siasatan Lembaga Disiplin Bersatu.

Seramai 14 pemimpin lain dari pelbagai peringkat turut terlibat, menjadikan siasatan ini antara yang terbesar pernah dihadapi Bersatu.

Difahamkan, panggilan itu berkait dengan aduan disiplin yang mengaitkan semua tertuduh dengan salah laku terhadap kepimpinan tertinggi parti. Notis panggilan tersebut melibatkan 14 pemimpin lain dari pelbagai peringkat kepimpinan parti, merangkumi ketua bahagian, wakil kawasan Parlimen serta anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dari seluruh negara.

Dari maklumat yang diterima, aduan tersebut merangkumi dakwaan kegagalan mengawal tindakan penyokong, serta langkah-langkah yang didakwa melemahkan autoriti Presiden dan struktur keputusan parti, khususnya menjelang dan selepas Perhimpunan Agung Tahunan.

Pemerhati berpendapat bahawa, panggilan kali ini disifatkan sebagai gelombang kedua, dalam usaha pihak tertentu dalam BERSATU untuk membersihkan parti dari pengaruh Hamzah, sekaligus memberi satu isyarat jelas bahawa kepimpinan parti tidak lagi bertolak ansur terhadap apa yang dilihat sebagai cabaran terbuka kepada disiplin dan kesetiaan organisasi.

Pemerhati politik juga melihat perkembangan ini sebagai pertarungan terbuka antara kem kepimpinan, yang bukan sahaja mengancam kestabilan dalaman Bersatu, malah berpotensi memberi kesan langsung kepada kesepaduan Perikatan Nasional dalam menghadapi cabaran politik nasional yang semakin kompleks. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share