Hamzah: Formula Johor Berbeza, Negeri Sembilan Misi Rampas Kerajaan PH

SEREMBAN | 18 Julai 26 – Presiden Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Perikatan Nasional (PN) menggunakan pendekatan berbeza pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berbanding PRN Johor, dengan matlamat utama untuk mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, semangat dan keyakinan untuk mencapai kemenangan di Negeri Sembilan kini lebih kuat berbanding situasi ketika PRN Johor.

“Ianya berbeza di mana kita letakkan calon di Johor. Hari ini sudah nampak bahawa sudah ada satu perasaan yang lebih kuat untuk mencapai kemenangan di Negeri Sembilan ini,” katanya selepas proses penamaan calon, hari ini.

Hamzah berkata, keyakinan itu didorong oleh strategi pembahagian kerusi antara PN dan Barisan Nasional (BN), yang menyaksikan kedua-dua gabungan tidak bertembung di kawasan masing-masing.

“Perikatan Nasional kali ini bukan hanya meletakkan calon-calon kami di zon-zon yang strategik tetapi juga gabungan apabila Barisan Nasional tidak meletakkan calon mereka di tempat di mana kami bertanding. Kami juga tidak meletakkan calon-calon kami di tempat di mana Barisan Nasional bertanding,” katanya.

Beliau mendakwa kerjasama tersebut diterima baik oleh rakyat dan berharap ia dapat menjadi pemangkin kepada perubahan politik di Negeri Sembilan.

“Kalau lah rakyat di Negeri Sembilan ini dapat bersama untuk melihat kepimpinan yang atas sudah merasainya, maka bermakna Negeri Sembilan akan memulakan untuk mencapai kemenangan yang lebih besar pada pilihan raya yang lebih besar nanti,” katanya.

Mengulas perbezaan strategi di Johor, Hamzah berkata keadaan ketika itu tidak sama kerana PN berdepan situasi politik yang berbeza.

“Kalau di Johor memang Perikatan Nasional sudah pun mempunyai kerajaan… mereka merasakan kerana PH itu bukan kerajaan. Kita nak ambil alih daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata matlamat PN di Negeri Sembilan adalah jelas, iaitu menumbangkan kerajaan PH melalui kerjasama yang diyakini mampu mengukuhkan sokongan pengundi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share