
KUALA LUMPUR | 12 Okt 26 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, supaya Hospital Putrajaya dinamakan Hospital Dr Hasmah sebagai penghormatan kepada Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Hamzah menyatakan persetujuan terhadap cadangan itu ketika berucap di Dewan Rakyat, sambil menyatakan Perikatan Nasional (PN) akan merealisasikannya sekiranya gabungan berkenaan diberi mandat memerintah negara.
Cadangan penamaan itu dikemukakan sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarhamah Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.