
KUALA LUMPUR, 13 NOV 25 – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi dinaikkan lima sen seliter masing-masing kepada RM3.25 dan RM2.65 bagi tempoh 13 hingga 19 Nov ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga RON95 di bawah program BUDI95 kekal RM1.99 seliter.
Harga diesel di Semenanjung turut meningkat lima sen kepada RM3.07 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Menurut kementerian itu, kenaikan harga berkenaan sejajar dengan peningkatan harga minyak mentah dunia.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga bahan api mengikut pasaran semasa dengan keutamaan kepada kestabilan harga,” katanya.
Kerajaan turut memberi jaminan akan memantau trend harga minyak dunia bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.