Pengampunan Najib: Tanya Menteri Wilayah Persekutuan — Azalina

KUALA LUMPUR | 15 Sep 26 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata persoalan mengenai penangguhan pembentangan isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan perlu ditujukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh.

Menurut Azalina, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di bawah kementeriannya hanya bertindak sebagai sekretariat Lembaga Pengampunan dan bukan anggota lembaga berkenaan.

Beliau berkata perkara berkaitan agenda serta perjalanan mesyuarat lembaga itu bukan di bawah bidang kuasa BHEUU.

“Tanya Menteri Wilayah Persekutuan,” katanya ketika ditanya mengenai penangguhan isu pengampunan Najib.

Isu itu timbul selepas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa perkara berkaitan pengampunan Najib tidak dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung pada 29 Januari lalu.

Najib kini menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah dalam kes SRC International. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share