
KUALA LUMPUR, 11 Jul 25 – Satu majlis rasmi negara anjuran kerajaan perlu dilangsungkan bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke-100 Tun Dr Mahathir Mohamad dan ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka untuk negara.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tiada pihak berupaya menafikan dia individu itu adalah tokoh negarawan lagenda tanah air.
“Tak kira kawan atau lawan, yang pasti dua tokoh ini adalah lagenda buat Malaysia.
“Sepatutnya ada majlis rasmi yang tak perlu besar-besaran pun anjuran kerajaan bagi pasangan suami isteri lagenda ini. Biar kecil tak apa, asalkan ada,” kata Wan Saiful, dalam hantaran di Facebook.
Katanya, sambutan itu sudah tentu amat bermakna buat Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.
“Bagaimanapun saya tertanya-tanya kenapa tiada acara rasmi anjuran negara untuk meraikan tarikh yang begitu bermakna buat seorang negarawan.
“Yang ada hanya ucapan-ucapan peribadi daripada pemimpin kerajaan. Bagi saya ini tidak cukup.
“Tak kira kawan atau lawan, tiada siapa boleh menafikan bahawa Tun Mahathir adalah negarawan,” katanya.
Malah, Wan Saiful turut hadir ke majlis doa selamat dan kesyukuran mereka malam tadi, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
“Alhamdulillah penuh masjid dengan hadirin yang mahu sama-sama meraikan hati gembira dan bersejarah.” @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.