Idris Beritahu Maszlee – PAS Tak ‘Lapar Jawatan’

KUALA LUMPUR, 30 Jul 25 – Naib Presiden PAS Idris Ahmad menegaskan bahawa parti PAS bukan sebuah parti yang ‘lapar jawatan’, sebaliknya beliau menyifatkan pelawaan dari wakil PKR, Dr Maszlee Malik sekadar ‘bermimpi’.

Menurut Idris, PN yang bermesyuarat pada 25 Julai lalu jelas berpendirian yang mereka tidak akan “bersekongkol” dengan pihak kerajaan, manakala PAS pula “tidak lapar jawatan.”

“Entah mimpi waktu tidur ke, atau memang tugas khas nak alih perhatian dari kapal yang sedang karam?

“Mesyuarat MT PN 25 Julai lalu jelas, tiada ruang untuk bersekongkol dengan puak yang sedang tenggelam dalam krisis kepercayaan rakyat.

“PAS tak lapar jawatan, lebih-lebih lagi bila jawatan itu datang dari dapur yang sedang berasap dan dapur sendiri pun tak terurus. Nak ajak PAS masuk kapal bocor, lepas tu hulur pelampung bernama TPM? Maaf, PAS tidak jual maruah demi jawatan. Ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Idris juga menyifatkan sambutan orang ramai terhadap himpunan Turun Anwar pada Sabtu lalu telah memberi isyarat bawa PN sedang mendapat sokongan ramai.

Terdahulu Maszlee berkata berdasarkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, parti itu dilihat tidak percaya kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dan ketua pembangkang Hamzah Zainudin.

Kata Maszlee, di mata Hashim, ada ramai pemimpin yang berkebolehan untuk menjadi perdana menteri namun mereka hanya akan menamakan calon mereka berkuasa. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share