Inkues Zara: Teori Mesin Basuh Tak Munasabah, Kata Pakar Forensik 

KOTA KINABALU, 4 Sep 25 – Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari kedua dengan penegasan pakar forensik bahawa dakwaan mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah tidak munasabah.

Pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu, menjelaskan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu bahawa berat badan mangsa sekitar 53 kilogram, satu bebanan yang dianggap mustahil untuk ditampung mesin basuh domestik.

“Saya tidak fikir mesin itu boleh berfungsi dengan beban seberat 53 kilogram,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad.

Walaupun tidak meneliti saiz dram mesin secara langsung, Dr. Jessie menegaskan kesimpulannya dibuat berdasarkan maklumat berat mangsa dan kapasiti mesin basuh biasa.

Bagi memperincikan bukti, pihak peguam tertuduh membawa masuk sebuah patung ke mahkamah. Dr. Jessie menggunakan patung itu untuk menunjukkan lokasi dan jenis kecederaan yang dialami mangsa.

Zara Qairina, pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan asrama sekolahnya di Papar pada 16 Julai lalu. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pagi berikutnya.

Jenazahnya kemudiannya digali semula pada 9 Ogos bagi tujuan bedah siasat susulan dakwaan berlakunya insiden buli. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share