
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 25 – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa UMNO dan DAP tidak bertindak berlebih-lebih dan sebaliknya mencari jalan damai dalam polemik Jalur Gemilang dipasang terbalik.
Takiyuddin berkata, sebagai parti yang berada dalam satu kerajaan, kedua parti sepatutnya mencarti jalan damai tanpa melibatkan pihak lain.
“PAS mendapati arahan Setiausaha Agung DAP YB. Anthony Loke kepada sayap pemuda parti itu supaya membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Umno YB. Datuk Dr Akmal Salleh berkait satu himpunan yang berlangsung di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin sebagai sesuatu yang berlebih-lebihan, janggal, malah berpotensi memburukkan lagi keadaan.
“DAP dan UMNO sepatutnya mencari jalan damai secara dalaman tanpa perlu melibatkan orang lain, sama ada pihak polis dengan beban kerja tidak perlu atau orang awam dengan naratif tidak sihat dan tidak membina.
Menurutnya lagi, PAS percaya kedua-dua pihak hendaklah menghormati dan menyokong proses rasmi
siasatan polis yang sedang berjalan tanpa menambah tekanan tidak perlu.
“Kegagalan berbuat demikian oleh dua parti kerajaan ini hanya akan membawa kita hanyut malah boleh menjerumus kita kepada masalah berisiko yang lebih besar. Ujarnya.
Takiyuddin turut mengingatkan kepada semua pihak, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 yang bakal tiba beberapa ketika lagi.
“PAS menggesa semua pihak supaya kembali menghayati teras dan falsafah pembentukan negara serta prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai pedoman bersama untuk benar-benar merealisasikan cita-cita perpaduan dan kemakmuran semua tanpa mengira latar belakang kaum, budaya atau kepercayaan.
Baru-baru ini, Pemuda UMNO berhimpun di premis kedai yang dipercayai tersilap memang Jalur Gemilang, DAP menyifatkan sebagai politik buli yang boleh menimbulkan ketidakselesaan masyarakat.
Ketua Pemuda UMNO pula menafikan bahawa perhimpunan itu sebagai provokasi sebaliknya ia mahu menunjukkan solidariti dan pengormatan kepada bendera negara, Jalur Gemilang.
Isu Jalur Gemilang di Pulau Pinag baru-baru ini menimbulkan ketengangan antara Pemuda UMNO dan Pemuda DAP dimana kedua-dua pihak saling cabar mencabar hingga memaksa pimpinan tertinggi kedua belah pihak bersuara antaranya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Muhmmad Hassan dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.