Isu ROS Bukan Alasan Tolak Penyertaan Wawasan Negara Dalam PN – Aktivis RESET

KUALA LUMPUR | 26 Jun 26 – Aktivis RESET, Meor Naqiuddin Shamsudin menegaskan bahawa pelantikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah sebagai Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara adalah sah dan tidak memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Beliau berkata, pertukaran pemegang jawatan dalam sesebuah parti hanya perlu dimaklumkan kepada RoS sebagai urusan pentadbiran, bukannya menunggu kelulusan sebelum pelantikan berkuat kuasa.

Dalam hujahnya juga, Meor membangkitkan contoh pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung BERSATU pada 28 November 2024 yang berkuat kuasa serta-merta walaupun rekod RoS ketika itu belum dikemas kini.

“Jika pelantikan Azmin diterima sebagai sah dan beliau terus menjalankan tugas, prinsip yang sama sepatutnya terpakai kepada Saifuddin Abdullah,” katanya.

Beliau menganggap hujah yang mempertikaikan penyertaan Parti Wawasan Negara dalam Perikatan Nasional (PN) hanya kerana nama Setiausaha Agung belum dikemas kini dalam sistem RoS sebagai tidak berasas.

Meor turut menggesa semua pihak menghormati keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang telah menerima penyertaan Parti Wawasan Negara dan tidak lagi membangkitkan isu yang telah diputuskan.

Baru-baru ini, Bersatu membantah kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM) ke dalam Perikatan Nasional (PN), mendakwa permohonannya tidak teratur dan boleh menambah masalah dalaman gabungan berkenaan.

Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata bantahan dibuat kerana PN masih berdepan masalah sesama parti anggota selepas PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu selain mendakwa permohonan PCM menyertai PN tidak teratur.

Faizal atau Peja mendakwa, permohonan PCM menyertai PN tidak teratur dengan menyatakannya dibuat atas nama Saifuddin Abdullah atas kapasiti setiausaha agung PCM. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share