Jika MPT Tiada Korum, Siapa Berkuasa Tafsir Perlembagaan Bersatu? – Saifuddin Persoal Marzuki

KUALA LUMPUR | 14 Julai 26 – Kenyataan pegawai Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad bahawa isu korum Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak wajar dipertikaikan, dibidas Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang menyifatkan hujah itu gagal menjawab persoalan pokok mengenai kesahan mesyuarat MPT.

Menurut Saifuddin, Marzuki berhujah bahawa sebarang pertikaian berkaitan Perlembagaan Bersatu perlu ditafsirkan berdasarkan Fasal 27, yang memperuntukkan bahawa tafsiran oleh MPT adalah muktamad.

Namun, kata beliau, persoalan utama ialah bagaimana MPT boleh membuat tafsiran tersebut jika badan itu sendiri didakwa tidak lagi dapat berfungsi kerana gagal mencapai korum untuk bermesyuarat.

“Masalahnya ialah bagaimana MPT hendak membuat tafsiran mengikut Fasal 27 sedangkan MPT tidak lagi berfungsi kerana tidak dapat bermesyuarat untuk membuat tafsiran tersebut kerana ia tidak cukup korum?” katanya.

Saifuddin berkata, hujah mengenai kuasa tafsiran MPT hanya terpakai sekiranya MPT berfungsi secara sah mengikut Perlembagaan Bersatu. Jika kesahan mesyuarat itu sendiri menjadi pertikaian, maka isu korum perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum sebarang tafsiran boleh dibuat.

Semalam, empat Ahli Parlimen BERSATU mengemukakan surat rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi memohon penjelasan dan siasatan berhubung status korum Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, dengan mendakwa badan tertinggi parti itu tidak lagi mempunyai bilangan ahli yang mencukupi untuk membuat sebarang keputusan yang sah.

Isu kuorum timbul apabila ramai ahli MPT BERSATU bertindak meletakkan jawatan dan sebahagian yang lain mengambil keputusan keluar parti. Jumlah 49 ahli MPT tersebut kini tinggal 23 orang dan menurut aturan mesyuarat, jumlah tersebut dikira tidak cukup kuorum. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share