Isu Sempadan: Isham Jalil Minta PM Jelaskan Maksud ‘No-Man’s Land’

KUALA LUMPUR | 4 Feb 26 — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, mempersoalkan penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung konsep no-man’s land dalam isu rundingan sempadan, sambil menyifatkan jawapan yang diberikan di Parlimen sebagai tidak mencukupi dan mengelirukan rakyat.

Menurut Isham, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci maksud sebenar no-man’s land, khususnya melibatkan status kewarganegaraan penduduk yang sebelum ini tinggal dan dilahirkan di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini rakyat yang duduk dan lahir di situ warganegara siapa? Warganegara kita atau warganegara Indonesia atau warganegara no-man’s land? IC mereka IC mana?” soalnya dalam kenyataan di facebook.

Beliau turut mempersoalkan rekod rasmi sempadan negara sebelum ini, termasuk sama ada kawasan tersebut pernah ditandakan sebagai no-man’s land dalam peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Dalam masa sama, Isham mempertikaikan hasil rundingan yang didakwa tidak seimbang sekiranya kawasan itu benar-benar berstatus no-man’s land.

“Jika betul sekalipun ia no-man’s land, kenapa kita dapat sikit dia dapat banyak? Kita dapat berapa hektar dia dapat berapa ribu hektar? Tak reti nego kah atau kenapa kita mengalah banyak?” katanya.

Isham menegaskan isu tersebut melibatkan kedaulatan negara dan tidak wajar dijawab secara umum atau emosional, sebaliknya memerlukan penjelasan yang jelas, terperinci dan berfakta kepada Parlimen serta rakyat.

Hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kawasan seluas 5,207 hektar yang dituntut oleh Indonesia baru-baru ini bukan merupakan milik mana-mana negara sebelum ini.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan bahawa kawasan tersebut tidak boleh dianggap sebagai milik mana-mana negara memandangkan status pemilikan tanah itu tertakluk kepada rundingan dan “sempadan yang masih belum dimuktamadkan”.

Bagaimana pun, sebelum pejelasan ini, Anwar menyifatkan pertanyaan pembangkang berhubung isu yang sama, sebagai fitnah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share