“Jangan Cuba Temberang Saya”, Agong Beri Amaran Kepada Mindef

 Foto, Facebook Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 25 – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi amaran agar Kementerian Pertahanan (Mindef) membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang telah berusia lebih 30 tahun.

Baginda bertitah, Mindef wajar memikirkan keselamatan juruterbang berbanding mengutamakan kepentingan orang tengah dan ejen.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi.

“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ejen atau bekas jeneral yang menjadi ‘jurujual’ malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual ‘ drone’,” titah Sultan Ibrahim pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing pada hari ini.

Baginda mengingatkan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pengalaman sebelum ini melibatkan penggunaan pesawat terpakai menambah risiko keselamatan kepada juruterbang perlu diambil kira sebelum pembelian dibuat.

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara second-hand.

“Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri,” titah Sultan Ibrahim.

Sebelum ini, media melaporkan MINDEF sedang dalam proses menilai semula kaedah terbaik mendapatkan helikopter Sikorsky UH-60 Hawk untuk kegunaan pasukan Tentera Udara Malaysia (TUDM).

Keputusan tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share