Keahlian Bertambah, Wawasan Selangor Gerak Jentera Penerangan ‘All Out’, Sasar Generasi Muda

SUNGAI BULOH| 18 Sep 26 – Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Selangor akan menggerakkan seluruh jentera penerangan di peringkat bahagian secara all out bagi mendekati masyarakat, khususnya golongan remaja dan generasi muda.

Ketua Penerangan Wawasan Selangor, Ahmad Nasir Bin Mid, berkata gerakan itu akan memberi tumpuan kepada usaha menyampaikan penerangan mengenai perjuangan parti serta mendekati masyarakat menerusi isu-isu yang dekat dengan kehidupan mereka.

Menurutnya, pendekatan penerangan Wawasan Selangor turut berpaksikan lima tema komunikasi teras, termasuk “Selangor Maju, Rakyat Mesti Turut Maju”, “Kos Hidup: Angka Ekonomi Mesti Terasa di Poket Rakyat”, “Bandar Berkembang, Infrastruktur Jangan Tertinggal”, “Peluang Ekonomi untuk Generasi Seterusnya” dan “Tadbir Urus Yang Boleh Diukur”.

Ahmad Nasir berkata tema berkenaan akan menjadi antara asas penerangan kepada masyarakat, dengan penekanan terhadap peluang pekerjaan, TVET, ekonomi digital, keusahawanan, graduan dan mobiliti sosial untuk generasi akan datang.

“Bahagian Penerangan akan menggerakkan semua jentera penerangan peringkat bahagian secara ‘all out’ untuk mendekati dan memberi penerangan kepada semua golongan, terutama remaja untuk menyertai Parti Wawasan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata bahagian keahlian Wawasan kini turut menerima kemasukan ahli daripada komuniti Cina dan India secara signifikan.

Menurutnya, perkembangan tersebut menunjukkan penerimaan masyarakat pelbagai kaum terhadap pendekatan Wawasan yang berteraskan prinsip Perlembagaan Negara.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa kebijaksanaan Presiden Wawasan, DSHZ, amat idealis apabila menubuhkan Parti Wawasan yang mengikut prinsip Perlembagaan Negara,” katanya.

Ahmad Nasir berkata jentera penerangan negeri akan terus memperluaskan pendekatan turun padang bagi memastikan penerangan parti tidak sekadar berkisar kepada politik kepartian, sebaliknya menyentuh isu ekonomi, kos sara hidup, peluang generasi muda, infrastruktur dan tadbir urus.

Pendekatan itu selari dengan penekanan Penerangan Wawasan Selangor supaya isu dibawa bersama data, status dan penyelesaian, selain mengelakkan dakwaan umum tanpa sokongan fakta. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Wan Saiful Sahkan Parti Baharu Akan Diumum Jun Ini

“Kita sedang mengkaji masa yang terbaik untuk mengumumkan pelancaran parti. Sasaran asal adalah sekitar pertengahan Jun, namun saya tidak mahu memberikan komitmen yang terlalu spesifik kerana beberapa faktor boleh menyebabkan perubahan tarikh,” katanya
Read More
Total
0
Share