Kerajaan Akan Pastikan Kewibawaan Fatwa Tidak Terjejas, Kata Na’Im

KUALA LUMPUR, 22 Jun 25 – Kerajaan akan memastikan keputusan mahkamah yang memihak kepada Sisters In Islam (SIS) Forum tidak menjejaskan kewibawaan fatwa dalam jangka masa panjang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar

Na’im berkata, pihaknya turut menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan

“Keputusan ini akan diteliti secara menyeluruh demi memastikan kedudukan dan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas dalam jangka panjang.

“Saya ingin menegaskan bahawa fatwa tetap memainkan peranan penting dalam membimbing umat Islam dalam isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah,” katanya dalam satu  kenyataan baru-baru ini.

Katanya, kerajaan juga akan memastikan kedudukan institusi agama Islam terpelihara selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini  membenarkan permohonan SIS Forum untuk membatalkan fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share