Kerajaan Mahu Bentang RUU Had Jawatan PN Tahun Ini

PUTRAJAYA | 5 Jan 26  – Kerajaan dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada hanya 10 tahun atau dua penggal penuh tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, turut dibentangkan pada sidang Parlimen tahun ini adalah RUU pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya; Ombudsman dan Akta Kebebasan Maklumat (FoI).

“Ini undang-undang baharu yang kita akan bentang di Parlimen pada tahun ini bermula sidang Januari depan,” katanya pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Menurutnya, kesemua RUU itu dibentangkan dalam langkah reformasi institusi di Parlimen; Kementerian Kewangan; sektor penjawat awam serta dalam bidang perundangan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Tubuh Majlis Presiden Untuk Kukuhkan PN, Kata Sumber PAS

"Kuasa pengerusi PN (terlalu) besar. Lantikan jawatan penting, contohnya Ketua Penerangan, kita tahu Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tak berapa berfungsi. Termasuk juga pelantikan Bendahari, sekarang kosong lagi. Itu semua dilakukan pengerusi PN tanpa berbincang dengan presiden parti komponen.
Read More
Total
0
Share