Kerjasama Dengan Team RESET Boleh Jadi Platform Melayu Paling Stabil – Bendahari PAS Pusat

KUALA LUMPUR | 21 Mei 26 – Bendahari PAS Pusat, Dato’ Haji Iskandar Abdul Samad berpandangan bahawa kerjasama antara PAS, Pejuang, Berjasa dan Team Reset berpotensi menjadi platform paling stabil untuk memperjuangkan agenda Melayu Islam pada masa akan datang.

Menurut beliau, gabungan tersebut mempunyai kekuatan tersendiri kerana menghimpunkan parti serta gerakan yang dilihat konsisten membawa isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam.

“Mungkin platform paling stabil untuk agenda Melayu Islam adalah PAS, Pejuang, Berjasa dan jika mereka ada parti, Team Reset,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau bagaimanapun menjangkakan usaha kerjasama itu tidak akan berjalan mudah kerana akan ada pihak yang cuba menggagalkan gabungan berkenaan.

“Kerjasama mereka akan cuba digagalkan,” katanya lagi.

Kenyataan itu hadir ketika landskap politik Melayu terus mengalami cabaran apabila terdapat laporan media mendakwa parti BERSATU membantah penyertaan parti-parti Melayu ke dalam Perikatan Nasional. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share