
KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Ketua Bahagian BERSATU Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, menegaskan bahawa ketiadaan pertandingan untuk jawatan presiden boleh menyebabkan parti BERSATU kehilangan daya saing dan melemah dari dalam.
Dalam satu hantaran video, Muqharabbin mengulas kenyataan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Faizal Azumu yang mendakwa memberikan laluan kepada Hamzah menjadi Timbalan Presiden namun kini mahu menolak Presiden.
Muqharabbin menyatakan keyakinannya bahawa Dato’ Sri Hamzah Zainuddin akan terus menang jika berdepan mana-mana calon, termasuk Presiden BERSATU sendiri.
Beliau menekankan bahawa kekuatan Hamzah terletak pada pengalaman, jaringan akar umbi, dan rekod kepimpinan yang terbukti, bukan sekadar retorik.
Tambah beliau, persaingan terbuka dalam pemilihan parti adalah penting untuk memastikan kepimpinan parti sentiasa relevan dan dipercayai oleh akar umbi.
“Kalau tiada pertandingan presiden, parti berisiko melingkup,” tegasnya. Katanya.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa pengiktirafan terhadap Hamzah bukan hanya datang dari parti sendiri, tetapi juga dari pihak lawan dan komponen Perikatan Nasional (PN), menunjukkan bahawa keyakinan terhadap kepimpinannya jelas dan meluas. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.