
KUALA LUMPUR, 23 Jul 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan agar berhati-hati dan jujur dalam membuat pengumuman berkaitan dasar luar negara bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyentuh isu berkenaan pengumuman Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini, kononnya satu pencapaian besar berkaitan pembangunan bersama dua blok di Laut Sulawesi, namuan sebenarnya ia adalah ‘status quo’.
“Perdana menteri hari ini memperakui bahawa masih belum ada perkembangan signifikan dan tiada perjanjian ‘Joint Development Agreement’ (JDA) dimeterai bagi membangunkan Blok ND6 dan ND7 bersama Indonesia,” menurut kenyataan di Facebook.
Ketika sesi pertanyaan perdana menteri, Anwar dilapor berkata di Dewan Rakyat bahawa pembangunan bersama berkenaan hanya di peringkat perbincangan dan masih belum mencapai persetujuan.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) sama ada JDA dimeterai untuk membangunkan Laut Sulawesi, termasuk membabitkan ND6 dan ND7 yang dituntut kedua-dua negara, dalam pertemuan di Jakarta pada 27 Jun lalu. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.