Khabar Angin Tukar Hamzah, Diganti Sokong Presiden?

Foto – facebook Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 19 Nov 2025 – Pertemuan ahli-ahli Parlimen Bersatu di kediaman Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi didakwa sebagai usaha membina semula persepsi bahawa beliau masih mempunyai sokongan kukuh dalam parti, menurut sumber dalaman.

Sumber itu mendakwa, majlis berkenaan yang pada awalnya dikaitkan dengan cubaan menukar Ketua Pembangkang Parlimen, yang kini disandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Majlis semalam diadakan untuk menunjukkan presiden masih mendapat sokongan ahli dan orang ramai. Surat bantahan ahli Parlimen terhadap tindakan disiplin baru-baru ini telah membawa naratif sebaliknya,” katanya.

Menurut sumber sama, rakaman video ahli Parlimen termasuk Hamzah yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin hanyalah tindakan menghormati beliau sebagai tuan rumah jamuan.

“Presiden tiada keyakinan beliau mendapat sokongan majoriti. Bagi saya, yang penting ahli Parlimen mesti bersama Hamzah. Ujarnya.

Beberapa hari sebelum itu, selepas tersebarnya jemputan untuk Ahli Parlimen Bersatu menghadiri majlis di Bukit Damansara itu, satu poster mula diedarkan dalam kumpulan WhatsApp bagi memaklumkan satu perhimpunan akan diadakan bagi mempertahankan Hamzah.

“Poster itu bukan daripada kami, malah kami juga tertanya-tanya siapa dibelakang poster itu.

“Jerit sokongan di rumah presiden itu hanya budaya kita orang Melayu hormat tuan rumah yang bagi jamuan,” kata sumber kepada politiko.

Semasa pertemuan tersebut, tiada apa-apa perhimpunan berlaku di luar kediaman Muhyiddin meskipun tersebar dakwaan bahawa penyokong Hamzah akan berhimpun bagi menyatakan sokongan.

Seramai 18 ahli Parlimen, termasuk Hamzah sendiri, menghadiri makan malam tersebut. Mereka merupakan sebahagian kumpulan yang membantah tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang dipecat, serta Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang digantung keahlian selama sepenggal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share