Khairuddin: Penyatuan Ummah Akan Gagal Jika Terperangkap Perebutan Kerusi

KUALA LUMPUR | 21 Sep 26 – Jangan biarkan agenda penyatuan ummah berakhir di meja rundingan kerusi. Itu peringatan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang melihat kecenderungan menjadikan pembahagian kerusi sebagai fokus utama hanya akan membawa usaha penyatuan Melayu dan ummah menemui jalan buntu.

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Muafakat Nasional merangkap Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Melaka itu berkata, setiap kali isu penyatuan Melayu dibincangkan, perbincangan akhirnya kembali kepada persoalan siapa mendapat kerusi dan berapa banyak kerusi yang boleh ditandingi.

“Ini adalah masalah, ini predicament. Apa saja kita bercakap tentang penyatuan Melayu, akhirnya ia akan menunjukkan kepada kerusi. Ia akan menunjukkan kepada kerusi. Dan itulah yang akan menjadi faktor kepada kegagalan,” katanya dalam podcast Politikopi bertajuk Penyatuan Ummah: Eksklusif atau Inklusif?

Menurut Khairuddin, UMNO dan PAS perlu kembali duduk semeja dengan semua pihak mengutamakan sikap bertolak ansur, jujur dan ikhlas, bukannya menjadikan kerusi sebagai ukuran utama penyatuan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

MCA Persoal Kredibiliti Pengerusi BN

Menurut beliau, sebagai Pengerusi BN, Ahmad Zahid tidak sepatutnya bercakap tanpa berfikir, tidak konsisten dengan kenyataan sendiri serta membuat dakwaan yang akhirnya ditarik balik tanpa penjelasan yang meyakinkan.
Read More
Total
0
Share