Wawasan Negara Makin Agresif, Tangga Batu Catat 200 Ahli Baharu Dalam Satu Program

TANGGA BATU | 5 Okt 26 – Parti Wawasan Negara Bahagian Tangga Batu menerima 200 ahli baharu menerusi Program Sembang Santai Pemuda dan Wanita DUN Paya Rumput.

Ketua Pemuda Nasional Wawasan Negara, Faiz Rahmad berkata, penyertaan itu merupakan perkembangan positif kepada gerakan parti di peringkat bahagian.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Bahagian Wawasan Negara Tangga Batu, Ramlan Meon, atas komitmen dan kepimpinan dalam memperkukuhkan gerakan parti di peringkat bahagian.

Faiz turut mengucapkan tahniah kepada Amir dan Liza selaku Ketua-Ketua Sayap Parti Wawasan Negara Bahagian Tangga Batu atas penganjuran program berkenaan yang menyaksikan penyertaan 200 ahli baharu.

Menurut beliau, pencapaian itu menunjukkan Wawasan Negara terus mendapat perhatian serta penyertaan daripada masyarakat.

Beliau berkata penyertaan ahli baharu berkenaan diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan gerakan parti, memperkukuhkan organisasi serta melahirkan lebih ramai tenaga baharu yang komited terhadap perjuangan Wawasan Negara.

Faiz turut mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan dan jentera Wawasan Negara Bahagian Tangga Batu atas pencapaian tersebut. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share