Sekretariat Tasek Gelugor Terus Bantu Mangsa Banjir, MET Beri Amaran Hujan Berterusan

KUALA LUMPUR, 24 NOV 25 — Sekretariat Parlimen Tasek Gelugor turun ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Lahar Yooi untuk mengedarkan sarapan pagi kepada keluarga yang terlibat banjir di kawasan Parlimen tersebut.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan berjanji akan terus menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.

“Selaku Ahli Parlimen, saya juga akan cuba menyalurkan bantuan yang sewajarnya dengan kadar segera.

” Memandangkan cuaca hujan masih berterusan, keselamatan penduduk adalah keutamaan. Saya menyeru agar semua terus berlindung di PPS dan patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya) di beberapa kawasan melibatkan empat negeri berkuat kuasa sehingga 25 Nov depan.

Kawasan terbabit ialah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk & Hilir Perak) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh).

Manakala amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga tempoh sama melibatkan Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) dan Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun; dan Sabak Bernam, Selangor.

Amaran hujan berterusan (waspada) pula berkuat kuasa sehingga 24 November 2025 melibatkan negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), dan Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak, Selangor.

Amaran sama berkuat kuasa sehingga 26 November 2025 melibatkan Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu.

“Sama-sama kita doakan agar urusan semua dipermudahkan,” kata Wan Saiful. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share