KPM Perlu Tegas, Utamakan Kualiti Pendidikan, Keselamatan Murid – Maszlee

KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 – Rakyat menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menambahbaik kualiti pendidikan dan keselamatan pelajar di sekolah dengan menunjukkan ketegasan dalam pelbagai isu.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, keselamatan dan kualiti pengajaran di sekolah dipulihkan sesegera mungkin susulan pelbagai isu  termasuk terbaharu kejadian rogol pelajar di sekolah.

“Isu keselamatan murid adalah keutamaan KPM. KPM tidak akan bertoleransi dengan sebarang perlakuan jenayah di dalam kawasan sekolah.

“Sementara menantikan siasatan oleh pihak polis, berdasarkan kuasa yang ada pada pengetua dan pihak sekolah, kami mengambil keputusan untuk membuang mereka yang terlibat dari sekolah,” kata Maszlee.

Rakyat katanya bukan menuntut hak pelajar yang melakukan jenayah rogol tersebut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tindakan tegas ini adalah amaran kepada semua pihak bahawa KPM akan memastikan sekolah sentiasa menjadi tempat yang paling selamat untuk murid-murid!,” katanya, dalam hantaran di media sosial.

Jelasnya, situasi yang berlaku di sekolah akan membuatkan ibu bapa risau dan khuatir terhadap keselamatan anak-anak mereka di sekolah.

“Selepas kes arwah Faris di tahfiz, arwah Zara di asrama, kes gambar bogel buatan AI dan pengetua mencabul murid di sekolah Cina dan siri kes-kes buli di sekolah dan asrama, rakyat, terutamanya ibu bapa berasa gundah gulana, trauma, bimbang dan risau.

“Rakyat inginkan keyakinan mereka terhadap pendidikan, keselamatan dan kualiti pengajaran di sekolah dipulihkan sesegera mungkin,” katanya.

“Isu rogol, diserang, merogol secara bergilir, merakamkan perbuatan jenayah terkutuk dan disebarkan…Di dalam kawasan sekolah! Adalah satu yang Maha terkutuk!

“Jenayah seperti ini amat luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” tambah Maszlee. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Wajar Berehat Sementara, Kata Ummah

“Sekiranya seorang perdana menteri mempunyai kekebalan penuh, apa akan jadi jika beliau melakukan kesalahan? Apakah rakyat harus akur bahawa pemimpin negara tidak boleh disentuh undang-undang, sedangkan rakyat biasa tetap dikenakan tindakan?” soal beliau lagi.
Read More
Total
0
Share