
JOHOR BAHRU | 11 Julai 26 – Lebih 2.7 juta pengundi berdaftar hari ini menentukan masa depan Johor apabila keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 bagi memilih kerajaan negeri yang baharu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengunjurkan 70 peratus kadar keluar mengundi, bersamaan hampir 1.9 juta pengundi.
Sebanyak 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pertandingan yang menyaksikan persaingan sengit antara gabungan utama.
Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon di kesemua 56 kerusi, dengan agihan UMNO (36 kerusi), MCA (14) dan MIC (6).
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mengagihkan kerusi sesama komponennya iaitu DAP (18 kerusi), PKR (18 kerusi) dan AMANAH (20 kerusi) bagi menghadapi saingan di seluruh negeri.
Parti Perikatan Nasional (PN) turut bertanding disamping BERSAMA, Pejuang, Gerakan, MIPP, PSM.
Keputusan PRN Johor kali ini bukan sahaja bakal menentukan pentadbiran negeri untuk lima tahun akan datang, malah dilihat sebagai petunjuk penting terhadap sentimen rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.
Politiko Malaysia mengucapkan Selamat Mengundi kepada seluruh rakyat Johor. Tunaikan tanggungjawab anda dengan penuh hikmah dan pilihlah demi masa depan Johor serta Malaysia. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.