
KUALA LUMPUR | 4 Okt 26 – Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah mendesak Menteri Pendidikan tampil memberi penerangan di Dewan Rakyat esok berhubung isu keselamatan murid di sekolah susulan satu lagi kematian pelajar di Yong Peng.
Saifuddin berkata beliau amat sedih dengan laporan kematian pelajar berkenaan semalam dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Irene Sofiya binti Mohd Khairool Faisal.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Saifuddin, tahap keselamatan murid di sekolah kini semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.
“Saya mendesak Menteri Pendidikan memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat mengenai isu keselamatan murid di sekolah, iaitu pada hari esok (Isnin, 5 Oktober 2026), sejurus selepas sesi jawab lisan,” katanya.
Beliau berkata rakyat berhak mendapat jawapan segera daripada kerajaan berhubung isu keselamatan murid di sekolah.
“Rakyat berhak mendapat jawapan segera,” katanya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.