
PUTRAJAYA | 27 Mac 26 – Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang membiarkan lesen mereka tamat tempoh melebihi 36 bulan disahkan tidak layak menikmati subsidi petrol RON95 di bawah Program BUDI MADANI (BUDI95).
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata hanya lesen yang masih sah atau belum melepasi tempoh tiga tahun dari tarikh tamat dianggap aktif dan memenuhi syarat kelayakan subsidi.
Menurut beliau, lesen yang luput lebih 36 bulan dikategorikan tidak aktif dan tidak boleh diperbaharui secara biasa. Pemegangnya perlu menduduki semula ujian memandu di institut memandu yang diiktiraf bagi mendapatkan lesen baharu.
JPJ menegaskan langkah itu bertujuan memastikan subsidi disalurkan secara bersasar kepada pemandu yang benar-benar mempunyai lesen sah, di samping menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen sebelum tamat tempoh. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.