Mahkamah Benarkan Wan Saiful Akses Penyata Bank Bagi Bela Diri Kes Jana Wibawa

KUALA LUMPUR, 9 NOV 25 – Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, dibenarkan mengakses tiga penyata akaun bank bagi menyokong pembelaannya dalam perbicaraan kes rasuah berkaitan projek Jana Wibawa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad, membenarkan permohonan tersebut selepas berpendapat dokumen berkenaan bukan bersifat sulit dan perlu didedahkan kepada pihak pembelaan.

Dalam permohonan yang difailkan, Wan Saiful menamakan tiga pihak sebagai responden iaitu Pendakwa Raya, Eksekutif Cawangan Maybank Taman Tun Dr Ismail, Raja Muhammad Aiman Raja Sa’adi yang juga saksi pendakwaan ke-15 serta Maybank Islamic Bhd.

Melalui permohonan itu, beliau memohon perintah mahkamah agar ketiga-tiga responden menyerahkan tiga penyata akaun Maybank milik syarikat Nepturis Sdn. Bhd. bagi tempoh Jan 2021 hingga Dis 2023, sama ada dalam bentuk fizikal atau digital.

“Mahkamah mendapati tiga penyata akaun tersebut bukan dokumen sulit dan pihak Maybank wajar menyerahkannya kepada pembelaan.

“Sekiranya permohonan ini dibenarkan, ia akan memudahkan proses soal balas terhadap saksi pendakwaan. Katanya, memetik laporan Berita Harian.

Menurut mahkamah, dokumen yang dimohon itu berpotensi membuktikan ketidaksahihan pertuduhan terhadap pemohon, dan membenarkan pembelaan mengemukakan gambaran lebih menyeluruh mengenai kes berkenaan.

“Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak pembela bahawa dokumen ini penting dan tidak akan mendatangkan prejudis kepada responden sekiranya permohonan diluluskan,” tambahnya.

Dalam afidavit sokongannya, Wan Saiful berkata saksi pendakwaan Raja Muhammad Aiman ketika memberi keterangan pada 19 dan 20 Sept tahun lalu telah dirujuk kepada beberapa dokumen termasuk penyata akaun Maybank milik Nepturis.

Bagaimanapun, pihak pembelaan hanya menerima salinan penyata akaun bagi tempoh Jul hingga Dis 2022 serta Jan hingga Jun 2023. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share