MB Sahkan Semua EXCO Terima Proklamasi Penurunan Takhta Tuanku Muhriz

SEREMBAN | 17 Sep 26 — Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, mengesahkan semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) menerima proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam mesyuarat pada 15 September lalu.

Dalam sidang media yang ringkas, Ismail berkata keputusan itu dibuat secara sebulat suara selepas proklamasi berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO.

Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kemudiannya diminta meneruskan proses pewartaan berkaitan proklamasi berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Perkembangan itu bagaimanapun dipertikaikan oleh Dewan Keadilan dan Undang (DKU), yang menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

DKU turut mempertikaikan bidang kuasa kerajaan negeri dan EXCO untuk menentukan kesahan proklamasi berkenaan.

Isu tersebut kini menjadi pertikaian berkaitan tafsiran Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta bidang kuasa pihak-pihak yang terlibat.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan mendakwa beliau dipaksa menandatangani dokumen berkaitan proklamasi tersebut dan mempersoalkan kesahihannya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share