Sanjeevan Pertahan Kepimpinan Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 8 Julai 25 – Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan mempertahankan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada sebarang cubaan sabotaj atau agenda tersembunyi.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau berkata, seluruh jentera Bersekutu Bersatu Malaysia berdiri teguh menyokong Presiden Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang disifatkan sebagai tokoh politik berwibawa dan negarawan yang membawa pendekatan politik pelbagai kaum yang inklusif.

“Tan Sri Muhyiddin membuka ruang kepada rakyat bukan Melayu untuk turut serta dalam perjuangan parti, bukan sebagai penumpang, tetapi sebagai rakan seperjuangan.

“Kebenaran Muhyiddin menolak kuasa dan jawatan demi prinsip sewaktu dipecat daripada UMNO kerana menegur skandal 1MDB serta pendiriannya yang tegas ketika menjawat jawatan Perdana Menteri tanpa tunduk kepada tekanan elit politik membuktikan integriti beliau sebagai pemimpin. Katanya.

Sanjeevan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengulas laporan media Bersatu Bahagian Port Dickson telah meluluskan satu usul mencadangkan supaya Muhyiddin memainkan peranan sebagai penasihat parti manakala jawatan Presiden diserahkan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Beliau satu-satunya pemimpin dalam sejarah moden Malaysia yang tidak goyah demi kedudukan. Beliau menolak deal politic demi kepentingan peribadi dan tetap membela rakyat dalam keadaan sukar.

“Inilah kepimpinan yang tidak boleh diganti begitu sahaja,” katanya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share