Menangani Kekeliruan Dalam Berpolitik (Bhg 2)

Oleh : Saifuddin Abdullah

Pada minggu lalu, telah dibicarakan sejumlah kekeliruan dalam berpolitik yang perlu ditangani sebagai proses menghayati Politik Baru. Di bawah ialah sambungan perbincangan tersebut

Tidak wujudnya sesuatu perkara dalam mana-mana perlembagaan tidak semestinya menjadikan perkara itu salah atau tidak berperlembagaan. Sebab itu perlembagaan sering dipinda bagi memasukkan perkara-perkara baru. Ada masanya, diwujudkan dokumen tertentu, contohnya, tentang idealisme perjuangan, yang duduk sebaris dengan perlembagaan, dan tidak berada dalam perlembagaan.

Ada pihak memutuskan sesuatu perkara sebagai salah secara individu dan terburu-buru. Ini yang salah. Yang betul ialah ia perlu melalui prosesnya. Undang-undang hendaklah adil, dilaksanakan dengan adil, dan kelihatan yang ia dilaksanakan dengan adil.

Ada pihak mendakwa sesuatu proses atau keputusan adalah muktamad. Tidak ada keputusan manusia yang muktamad. Keputusan Mahkamah Persekutuan pun boleh diubah.

Ada pihak menyatakan bahawa apa-apa suara dari bawah perlulah diangkat mengikut saluran tertentu. Ini kenyataan yang lazimnya dibuat oleh pihak autokrasi bagi menekan suara dari bawah.

Ada pihak mengatur sesuatu keadaan supaya berlaku, contohnya, tercetus drama. Ini untuk mempengaruhi hadirin dalam membuat sesuatu keputusan. Ini dipanggil manufacturing consent.

Ada pihak menuduh orang lain bersalah apabila berlaku drama ketika sesuatu perjumpaan sedang berlangsung. Harus diteliti adakah telah berlaku sesuatu terlebih dahulu yang menjadi contributing factor yang mencetuskan drama itu. Contohnya, adakah telah diungkapkan sesuatu perkara yang menjadi provokasi?

Ada orang lupa ajaran Islam tentang kaedah berdakwah, termasuk berucap, iaitu “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”. (an-Nahl: 125)

Ada pemimpin enggan melepaskan jawatannya kerana bimbang organisasi yang ditinggalnya berpecah. Ia berpecah sekiranya wujud dua kumpulan yang sama kuat. Tetapi, kalau jelas cuma ada satu pihak yang kuat, contohnya, yang dipilih tanpa bertanding, maka, andaian berpecah itu tersasar.

Ada pemimpin marah apabila ada pihak memintanya melepaskan jawatan. Dahulu, beliau pernah meminta ketuanya melepaskan jawatan.

Ada pihak menyoal keperluan untuk pemimpin melepaskan jawatan. Dalam sejarah, Khalid al Walid diganti Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima perang. Tetapi masanya (timing) perlu tepat. Sekiranya lambat, matlamat organisasi tergadai. Contohnya, Demokrat terlalu lambat menggantikan Biden dengan Kamala Harris sebagai calon Presiden, maka ia faktor utama kekalahan Demokrat.

Selepas berlaku sesuatu insiden/drama, akan ada ajakan supaya move on. Tetapi lain orang lain motivasinya. Ada yang mengajak kerana ikhlas. Tetapi, ada yang mengajak kerana telah kantoi dan kalah hujah. Elok untuk move on ke arah lebih baik. Tetapi, faktor penyebab insiden/drama itu berlaku perlu ditangani, supaya ia tidak pula carry on dan move on ke arah bertentangan.

Ada pihak leka hidup dalam kegemilangan masa lalu. Tetapi rakyat mengharapkan tawaran baru dan segar.

Dengan menangani kekeliruan-kekeliruan ini, maka, teruskanlah menegakkan budaya politik matang, iaitu politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti.

Datuk Seri Saifuddin Abdullah ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota dan mantan Menteri Luar Negeri.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Cabar Undi Tak Percaya? Rakyat Akan Tunjuk Pada 26 Julai

Sekiranya Anwar benar-benar mahu melihat usul tersebut, beliau sewajarnya memberi laluan dan jaminan agar perhimpunan Turun Anwar dilindungi oleh pihak berkuasa dan beliau harus menarik balik sekatan kepada penjawat awam dari menyertainya. Inilah usul undi tak percaya yang sebenar jika beliau mahu melihatnya.
Read More
Total
0
Share