Mereka Memohon Kerakyatan Daripada Orang Melayu — Teo Kok Seong

AYER KEROH | 29 Sep 26 – Tindakan masyarakat Cina dan India memohon kewarganegaraan sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa Tanah Melayu ketika itu merupakan tanah orang Melayu, kata sarjana sosiolinguistik, Profesor Emeritus Dato’ Dr Teo Kok Seong.

Beliau berkata, dalam proses pembentukan masyarakat majmuk menjelang kemerdekaan, imigran dari China dan India yang memilih untuk terus tinggal di Tanah Melayu perlu memohon kewarganegaraan daripada orang Melayu.

“Dalam proses kita membentuk masyarakat majmuk itu, sewaktu kita ingin mencapai kemerdekaan, imigran China dan India ataupun disebut sebagai pendatang China dan India ini, mereka terus tinggal di Tanah Melayu ini.

“Jadi mereka memohon kerakyatan daripada orang Melayu. Perbuatan memohon kerakyatan daripada orang Melayu itu menunjukkan tanah ini tanah orang Melayu,” katanya.

Teo berkata, hak untuk memberikan kewarganegaraan kepada masyarakat Cina dan India yang mahu terus menetap di Tanah Melayu pada ketika itu menunjukkan kedudukan orang Melayu sebagai pihak yang mempunyai hak tersebut.

“Orang Melayu sahaja yang mempunyai hak untuk memberi kerakyatan kepada China dan India yang mahu terus tinggal di sini. Mereka mahu terus tinggal di sini. Jadi mereka memohon kerakyatan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu perlu difahami terutama oleh mereka yang kurang fasih dalam bahasa Melayu tetapi lebih menguasai bahasa Inggeris.

“The very act of the Indians and Chinese seeking Malayan citizenship speaks clearly and loudly that this place is a Malay land,” katanya.

Teo berkata demikian ketika bercakap dalam sesi ‘Unravelling the Polemic of Tanah Melayu’ pada Musyawarah Nasional 3.0 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share