
KUALA LUMPUR | 27 Jan 26 — Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, membangkitkan persoalan tentang pendirian kerajaan mengenai tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
“Adalah tidak wajar untuk melanjutkan tempoh seorang buat beberapa kali. Ianya akan memberi tanggapan bahawa tiada lagi orang lain yang berbakat, tiada pelapis SPRM serta campur tangan pihak tertentu. Ujarnya.
Ketika Perbahasan Usul Menjunjung Kasih di Dewan Rakyat, semalam, beliau berkata bahawa pelantikan berulang individu yang sama dalam jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM berpotensi mewujudkan persepsi yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi antirasuah itu, dan beliau meminta kerajaan memberikan penjelasan jelas berhubung hala tuju perkhidmatan Azam Baki seterusnya.
“Langkah yang lebih telus dan terbuka adalah melalui JKPK (Jawatankuasa Pilihan Khas) Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen. Saya ingin bertanya apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan perkara ini?,” katanya.
Untuk rekod, Azam, 63, dilantik semula buat kali ketiga sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 13 Mei 2025 bagi tempoh setahun.
Beliau sebelum ini dua kali dilantik semula bagi memegang jawatan itu masing-masing selama setahun iaitu dari 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024 dan dari 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025.
Beliau sebelum ini, menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.