Muhyiddin Wajar Henti Polemik, Fokus Perkukuh Bersatu – Kata Cendekiawan

KUALA LUMPUR| 5 Mac 26 – Timbalan Pengerusi Cendekiawan Negara, Khairudin Md Isa berpandangan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya terus memainkan polemik berkaitan kepimpinan sehingga berpanjangan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti yang dilihat semakin lemah ketika ini.

Menurut beliau, perkembangan politik di Perlis sepatutnya menjadi titik muhasabah kepada Bersatu, walaupun berlaku persaingan politik, namun rakan komponen dalam Perikatan Nasional, khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), masih menghormati kerjasama dalam gabungan tersebut.

“Isu Perlis sepatutnya menjadi titik tolak Bersatu untuk muhasabah. Walaupun berlaku persaingan politik, PAS masih menghormati rakan komponen PN dengan tidak menjatuhkan Menteri Besar daripada Bersatu,” katanya.

Dalam masa sama, Khairudin turut berpandangan Muhyiddin wajar memberi perhatian kepada keadaan dalaman parti itu yang dilihat lemah susulan pembubaran beberapa bahagian Bersatu di seluruh negara.

Beliau berkata politik juga banyak bergantung kepada kepercayaan peribadi, gaya komunikasi dan kaedah rundingan kuasa antara pemimpin.

Dalam konteks itu, katanya, Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin dilihat lebih sesuai pada pandangan PAS dari segi gaya komunikasi serta keupayaan mengurus rundingan kuasa.

“Di Parlimen, Hamzah memainkan peranan yang lebih efektif, manakala Muhyiddin dilihat kurang bersuara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan Muhyiddin sebaiknya mengambil pendekatan “go with the flow” tanpa menimbulkan polemik yang boleh menjejaskan hubungan dengan rakan komponen, khususnya PAS yang dilihat lebih memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pasukan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam satu temubual media menafikan BERSATU menjadi penyebab berlakunya konflik di Perlis hingga berlakunya peletakan jawatan Menteri Besar daripada PAS dan digantikan dengan Adun dari BERSATU. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share