Kejutan berlaku dalam pentadbiran Donald Trump apabila Ketua Pusat Anti-Pengganas, Joe Kent, meletak jawatan pada semalam 17 Mac, dengan memebrikan alasan bahawa dasar perang AS terhadap Iran kini bukan semata-mata berdasarkan perancangan keselamatan nasional, sebaliknya dipengaruhi tekanan pihak tertentu..
Dalam surat peletakan jawatannya yang disiarkan di platform X, Kent berkata beliau “tidak boleh dengan hati nurani menyokong perang yang sedang berlangsung di Iran”, dan menegaskan bahawa Tehran “tidak menunjukkan ancaman segera” kepada negaranya.
Di sebalik itu, beliau mendakwa bahawa konflik itu “terjadi akibat tekanan daripada Israel dan lobi kuatnya di Amerika Syarikat” — satu dakwaan yang terus mencetuskan perdebatan hangat di Washington dan luar negara.
Menurut laporan antarabangsa, Kent juga menuduh bahawa kempen maklumat daripada pegawai Israel bertaraf tinggi serta media Amerika telah merosakkan naratif dasar “America First” dan menyemai sokongan pro-perang, sehingga mendorong pentadbiran menyatakan bahawa Iran perlu ditangani secara ketenteraan.
Langkah ini meletakkan beliau sebagai pegawai pentadbiran paling kanan yang secara terbuka memutuskan hubungan balas dengan dasar perang semasa, satu tindakan yang jarang berlaku dalam pentadbiran AS tradisional.
Peletakan jawatan Kent bukan sahaja mencerminkan perbezaan pendapat tentang ancaman terhadap keselamatan, tetapi juga menimbulkan persoalan lebih besar mengenai sejauh mana kepentingan luar termasuk kepentingan Israel, memainkan peranan dalam keputusan dasar luar Washington.
Laporan antarabangsa menunjukkan bahawa Kent secara khusus menuding jari kepada “pelobi kuat” sebagai antara faktor utama di sebalik peningkatan konflik, yang mana ia bukan sahaja membangkitkan kritik terhadap pentadbiran, tetapi juga memecah pandangan tentang sebab sebenar campur tangan ketenteraan AS.
Dalam lapora lain, Presiden Trump menolak dakwaan tersebut, mempertahankan tindakan ketenteraan dan menegaskan bahawa keputusan dibuat berdasarkan penilaian keselamatan negara, sementara kenyataan White House menyifatkan dakwaan Kent sebagai “tidak tepat”.
Perkembangan ini memperlihatkan satu titik perpecahan dalam Washington, di mana pegawai keselamatan kanan sendiri mempertikaikan naratif rasmi dan menyatakan bahawa dasar luar yang sepatutnya berdiri sendiri kini terdedah kepada pengaruh luaran yang kuat.
Ini pastinya akan menjadi satu isu yang akan terus menjadi perbahasan politik dan diplomatik di pentas global. @analitiko
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.