PAS, BERSATU : Rakyat Tolak Pemimpin Menipu, Tegas Tak Akan Peralat Agensi Kerajaan

KUALA LUMPUR, 27 Jul 25 – Timbalan Presiden PAS, Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa rakyat tidak boleh mempertahankan pemimpin yang menipu dan mengkhianati janji kepda rakyat.

Ketika berucap semasa Himpunan Turun Anwar di Datara Merdekan, beliau berkata rakyat mahu menurunkan pemimpin yang hanya bijak bercakap tetapi tidak menunaikan janji-janjinya.

“Kita tidak boleh mempertahankan pembohong. Kita tak boleh pertahankan penipu. Kita tak boleh pertahan pemimpin khianat janji dibuat.

“Kita himpun turunkan pemimpin bohong kepada rakyat, yang tidak tunaikan janji kepada rakyat. Kita nak turunkan pemimpin bijak bercakap tapi langsung tak tunai janji.

“Tak mungkin negara pertahankan pembohong. Tegasnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainuddin pula mengingatkan pihak berkuasa Polis dan SPRM bahawa selepas pembangkang mengambilalih kerajaan, agensi-agensi ini tidak akan diperalatkan oleh kerajaan memerintah.

“Apa lagi kamu tunggu. Sudahlah. Polis kamu ingat ini adalah satu himpunan yang paling besar dalam sejarah himpunan rakyat.

“Tak payah takut polis bila kami ambil alih kamu tidak akan diperanjingkan, tidak akan diperalatkan. LHDN jangan takut bila kami ambil alih kamu tidak akan diperalatkan.

“SPRM jangan takut. Bila kami ambil alih bila rakyat bangkit kamu tidak akan dipertandingkan, diperalatkan. Katanya.

Dalam perhimpunan yang sama, Hamzah turut mengingkatkan Anwar agar berhenti menggunakan agensi kerajaan untuk tujuan politik.

“Cukuplah tu. Anwar cukuplah tu. Kamu guna LHDN, SPRM hari ini kamu guna PDRM.

“Polis apa nak jadi, Anwar akan turun. Yang kamu takut buat apa. Ini kumpulan baik yang perjuangkan nasib rakyat. Bangkit rakyat. Bangkit bangkit! bangkit! Bangkit! turun Anwar!.

“Rakyat sudah menderita. Rakyat sakit, rakyat menderita, sakit yang kamu tahu adalah bohong. Kamu tahu hari ini 26hb himpunan rakyat bagi RM100 kepada kami. Tak cukup. Yang kami mahu bukan RM100. Yang kami mahu Anwar turun. Ujarnya.

Semalam, ribuan rakyat membanjiri jalan-jalan di Kuala Lumpur dan berkumpul di Dataran Merdeka dalam Himpunan Turun Anwar. Kumpulan ini mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan ekoran pelbagai masalah negara yang gagal diselesaikan khususnya melibatkan kepentingan rakyat dalam isu ekonomi dan integriti institusi kerajaan.

Himpunan ini turut dihadiri oleh semua pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share