
KUALA LUMPUR | 20 Jan 26 – Presiden PAS, Tan Sri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menegaskan bahawa perjuangan parti itu adalah untuk menegakkan Islam, bukan untuk menunggang agama demi kepentingan politik.
Menurut beliau, PAS berpolitik Islam yang tidak berpisah dari konsep al-din yang menggabungkan aqidah, syariah, dan akhlak, dengan meletakkan kedudukan Islam dijunjung tinggi melalui perjuangan yang penuh pengorbanan.
“PAS terus berjuang supaya Islam yang sempurna ditegakkan setinggi-tingginya, bukan memperalatkan atau menunggang agama,” kata Abdul Hadi dalam hantaran facebook, hari ini.
Dalam kenyataan yang sama, beliau menekankan bahawa perjuangan PAS dilakukan sejak zaman penjajahan hingga kini, melalui pentadbiran negeri dan demokrasi pilihan raya, dengan tujuan memastikan kedudukan Islam sebagai agama yang wajib dimuliakan.
Abdul Hadi menambah bahawa kewajipan memuliakan dan meninggikan Islam tidak hanya terletak pada PAS, tetapi juga menjadi tanggungjawab semua umat Islam termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.