PAS Tampil 5 Calon Tanding PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 12 NOV 25 — PAS mempertaruhkan lima calon mereka mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi  Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah Ke-17.

Antara calon parti Islam itu adalah  Pesuruhjaya PAS Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan yang dicalonkan bagi kerusi Karambunai.

Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan bagi penggal 2020-2025.

Berusia 54 tahun, Aliakbar adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Geografi Bandar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 24 tahun (1996-2020) dan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) dari 2020 hingga 2021.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah, pula ditampilkan sebagai calon PN bagi kerusi DUN Tanjung Batu.

Ahmad, 57, merupakan seorang usahawan dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dan merupakan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kalabakan sejak 2010.

Dr Munzier Mahamud, 35, pula dinamakan sebagai calon PN bagi kerusi DUN Balung.

Beliau yang berkelulusan Kuliah Perubatan, Universiti Iskandariah, Mesir, ini merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sejak 2024.

Hasan Haris, 48, pula dicalonkan di calon di DUN Merotai.

Pemegang Diploma Perbankan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah ini mempunyai pengalaman luas dalam sektor perbankan.

Manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Kasman Karate, turut diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan gabungan pembangkang itu bertanding di 41 daripada 73 kerusi DUN pada PRN Sabah kali ini.

Selain 5 calon PAS, seramai 33 calon dipilih dari Bersatu dengan tiga lagi calon dipilih dari Gerakan.

Gabungan itu katanya menampilkan 90% calon muka baharu dan mereka akan bertanding menggunakan lambang PN pada PRN kali ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share