Pejuang Sokong Himpunan Aman Bantah URA

KUALA LUMPUR, 3 Mei 25 – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menyokong penuh himpunan aman membantah RUU URA yang dicadangkan oleh Ketua Pemuda PAS.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali berkata, Pejuang akan turut sama dalam perhimpunan tersebut dan mengajak semua pihak turut sama menzahirkan bantahan tersebut sehingga Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) memihak kepada rakyat.

“Pejuang menyahut dan menyokong penuh Himpunan Lawan URA pada 14 Jun 2025 yang dicadangkan oleh YB Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pemuda PAS.

“Pejuang akan turut bersama dalam himpunan tersebut dan menyeru rakyat kebanyakkan menunjukkan bantahan mereka terhadap Kerajaan Madani pada waktu itu. Katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, RUU URA perlu diteliti secara menyeluruh oleh semua pemegang taruh dan idea-idea bagi memastikan rakyat kebanyakkan tidak menjadi mangsa pada golongan yang kaya dan berpengaruh.

“Pejuang menekankan lagi sekali, URA ini adalah pemangsa yang tidak kenal pada bangsa, agama atau warna kulit, URA hanya melihat pada tanah, bangunan dan wang.

“Malaysia berhadapan dengan peperangan antara kelas atau darjat bukannya antara kaum.

“URA akan menjadi percikan kepada peperangan tersebut. Amat penting semua pihak yang berkesefahaman sama dalam isu ini bangkit sama-sama melawan cadangan Madani bagi URA ini yang mungkin akan dibentang pada Jun atau Julai ini di Dewan Rakyat. Jelasnya.

Dalam kenyataan yang sama beliau menggesa semua pihak menzahirkan bantahan terhadap RUU tersebut dan terus membantah sehingga URA memihak pada rakyat.

Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Ketua Pemuda PAS Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengumumkan satu himpunan aman bagi membantah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) akan diadakan sekitar kawasan Lembah Klang pada 14 Jun depan.

Beliau berkata, pembangunan yang sebenar tidak sepatutnya dijadikan alat peminggiran atau penindasan terhadap rakyat, terutama golongan lebih lemah dan terdedah kepada risiko kehilangan tempat tinggal serta komuniti asal mereka.

“Pemuda Pas Malaysia tidak menolak prinsip pembangunan semula bandar yang berdaya maju dan inklusif.

“Namun, kami menegaskan bahawa sebarang pelaksanaan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) mestilah dijalankan secara adil, telus, dan tidak sesekali mengorbankan hak penduduk asal demi keuntungan pihak berkepentingan,” katanya. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share