Pembebasan Yusoff Bukti Keadilan Ditegakkan, kata Saifuddin

KUALA LUMPUR, 12 Jun 25 – Keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Yusoff Rawther menjadi bukti setiap individu di negara ini berhak kepada keadilan dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sebarang penindasan terhadap individu atas sebab pendakwaan terpilih dan salah guna kuasa bukan tindakan wajar.

“Pembebasan ini bukan sahaja membawa kelegaan kepada beliau dan keluarga, malah mengingatkan kita semua tentang prinsip asas dalam negara demokrasi.

“Sebarang bentuk penindasan atau penganiayaan terhadap mana-mana insan, apalagi jika dibuat atas sebab perbezaan politik, adalah tidak wajar dan harus ditolak sekeras-kerasnya.

“Negara ini mesti bebas daripada budaya pendakwaan terpilih dan penyalahgunaan kuasa,” katanya, dalam satu kenyataan.

Tambah Saifuddin, semua pihak, khususnya institusi penguatkuasaan dan kehakiman, perlu terus bertindak secara adil, profesional dan berteraskan fakta serta undang-undang dan bukannya atas tekanan politik.

“Kita mesti berani mempertahankan hak setiap rakyat Malaysia agar negara ini terus menjadi tanah air yang adil dan bebas,” tegasnya.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Yusoff yang merupakan bekas pembantu penyelidik ahli politik tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share