Pembinaan Kota MADANI Lewat, Anwar Beri Amaran

Foto Awani

KUALA LUMPUR, 18 Okt 25 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan amaran keras kepada pihak terlibat dalam projek mega Kota MADANI, menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan kelewatan dalam pembinaannya.

Dalam nada tegas pada sambutan ulang tahun ke-30 Putrajaya Holdings malam tadi, Anwar mengingatkan bahawa Kota MADANI mesti menjadi bukti nyata kepada visi kerajaan, bukan sekadar slogan politik.

“Yang saya tak boleh tolak ansur ialah kalau lambat! Kita mahu cepat, jangan tunggu-tunggu lagi,” tegas Anwar, semalam.

Kota MADANI, projek bandar pintar pertama berteraskan nilai kemanusiaan, teknologi hijau dan kesejahteraan rakyat — dijangka menelan kos sekitar RM4 bilion, dibangunkan tanpa peruntukan kerajaan pada peringkat awal.

Fasa pertama melibatkan 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, disasar siap menjelang 2027. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share