Pemimpin Armada Bahagian Pertikai Integriti Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR, 23 Okt 25 – Pemimpin Armada Bahagian mula mempertikaikan integriti Lembaga Disiplin parti susulan pendedahan ahli sayap Armada yang dipercayai mempunyai maklumat sulit Lembaga Disiplin.

Ketua Armada Bersatu Larut, Firdaus Hamzah hari ini turut mempersoalkan kenyataan Ketua Armada Bersatu Batu Gajah Nadhir Zuhair, yang mendakwa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terlibat dalam politik fitnah, politik wang, dan pemalsuan tandatangan.

“Ini adalah tidak berasas dan berunsur fitnah. Bagaimana seseorang yang di peringkat ‘bahagian’ boleh memiliki maklumat sulit Lembaga Displin, yang belum pun dimuktamadkan secara rasmi?

“Apakah ada kebocoran maklumat, atau ada tangan-tangan yang cuba mengatur naratif bersifat kronisme engan niat tertentu,” katanya, dalam satu kenyataan.

Malah, Firdaus mendakwa pihaknya mempunyai maklumat pengakuan Nadhir mendapat arahan dari Ketua Bersatu Batu Gajah yang juga merupakan Timbalan Ketua Bersatu Perak Mohader Ahmad Mohammad Ayob yang merupakan ayah saudaranya untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Namun, apa yang membimbangkan bukanlah nada kenyataannya, tetapi cara dan sumber maklumat sulit yang digunakan itu seolah-olah ada tangan yang cuba mengatur naratif ini.

“Maka timbul persoalan besar, dari manakah sumber itu diperoleh, dan apakah motif di sebalik pendedahan yang boleh menjejaskan integriti Lembaga Disiplin  parti sendiri,” katanya.

Meor Naqiuddin Shamsudin, yang merupakan exco Armada dan pegawai Wan Ahmad Fayhsal semalam turut membangkitkan dakwaan sama, dan percaya Nadhir Zuhair telah diarahkan seseorang untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

RUU PSB (URA), Ditarik Balik

“Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa RUU PSB ini akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti dibentangkan, dibincang dan diputuskan pada satu tempoh yang akan dimaklumkan (sebelum) dibentangkan semula dalam bentuk yang baharu di Parlimen,” katanya
Read More
Total
0
Share