
KUALA LUMPUR, 13 Jul 25 – Sumber daripada PAS menyatakan bahawa parti tersebut tidak mempunyai hasrat untuk berebut jawatan tinggi dalam PN sebaliknya hanya mahu PN menjadi lebih kuat dan inklusif.
“Pendirian PAS jelas, jawatan PM memang kita nak dari Bersatu, dan perdana menteri bukan dari PAS.
“Katalah berlaku pertukaran kerajaan, perdana menteri tidak datang dari PAS tapi dari Bersatu, tetapi mereka kena letak individu yang betul-betul layak,” katanya.
Ketika mengulas cadangan menjadikan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’, ia dilihat tidak sesuai kerana didakwa mempunyai isu dengan istana dan tidak lagi mendapat sokongan rakyat seperti sebelum ini.
“Muhyiddin sendiri, dari kalangan rakyat (dan) istana sendiri dan sudut politiknya ada masalah.
“Kita tak nak calon perdana menteri yang datang dari calon yang bila nak dikemukakan (namanya) tidak boleh diterima, ada masalah dengan istana. Itu Bersatu kena lihat.
Beliau menyampaikan pandangan ini dan mengulangi gesaan agar perkara ini perlu diteliti dan dapat diselesaikan.
“Kita jelas, PAS (tentang) kerusi PM kita tak nak. PM kena datang dari Bersatu. (Tetapi) letak calon paling layak jadi ‘poster boy’ untuk PN dalam PRU akan datang. Itu kegusaran PAS dalam masa sekarang,” katanya.
Terdahulu, Bersatu Terengganu mengemukakan usul supaya presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata usul itu dikemukakan pada persidangan bahagian Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman Jumaat lalu. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.