Pemuda PAS, UMNO Akan Anjur Himpunan Kemuncak Penyatuan Ummah

KOTA BHARU | 3 Sep 26 — Pemuda PAS dan Pemuda UMNO dijangka menganjurkan satu Himpunan Penyatuan Ummah berskala besar sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebagai kemuncak kepada usaha menyatukan kekuatan politik dan masyarakat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata Pemuda PAS dan Pemuda UMNO bersedia menjadi tuan rumah serta menyediakan pentas bagi menghimpunkan pelbagai pihak dalam satu acara berskala besar.

Menurutnya, himpunan berkenaan perlu diadakan sebelum PRU16 bagi menterjemahkan usaha penyatuan ummah kepada satu gerakan yang lebih besar.

“Saya rasa Pemuda PAS dan Pemuda UMNO kita bersedia untuk sediakan pentas itu. Sebelum PRU16, kita kena buat Himpunan Penyatuan Ummah ini yang besar-besaran. Itu kemuncaknya,” katanya ketika sidang media selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke-67 di Kota Bharu, hari ini.

Afnan Hamimi berkata, konsep penyatuan yang dibawa tidak harus difahami sebagai agenda yang hanya tertumpu kepada Melayu dan Islam.

Sebaliknya, katanya, penyatuan tersebut turut terbuka kepada bangsa lain yang berkongsi aspirasi terhadap keamanan, kesejahteraan dan perpaduan negara.

“Semua pihak. ‘Ummah’ ini macam ummah yang didefinisikan tadi, tidak semestinya merujuk kepada Melayu-Islam sahaja. Ia juga kepada bangsa-bangsa lain yang mahukan kedamaian, kesejahteraan dan penyatuan,” katanya.

Cadangan himpunan itu selari dengan agenda Pemuda PAS yang mahu menjadikan Himpunan Mega Penyatuan Ummah sebagai kemuncak kepada usaha memperkukuh penyatuan umat menerusi lima teras iaitu penyatuan akidah, saf, usaha, tekad dan matlamat.

Perkembangan itu turut hadir ketika hubungan antara Pemuda PAS dan Pemuda UMNO semakin mendapat perhatian, termasuk kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, ke Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

ADUN Bayu Letak Jawatan Ahli MPT BERSATU

Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Zeffis Ellias, yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan Mohd Taufik memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Bayu.
Read More
Total
0
Share