
KUALA LUMPUR, 24 Jul 25 – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan mengadakan sidang media mingguan bermula hari ini.
Hamzah berkata, sidang media itu yang diadakan ketika persidangan Parlimen tetap akan berlangsung setiap Khamis, walaupun Dewan Rakyat tidak bersidang.
“Kalau rakan-rakan setuju, kalau selepas Parlimen tidak bersidang boleh saya jemput (hadir sidang media)…kita minum kopi setiap hari Khamis.
“Jadi boleh buat setiap minggu. Isu rakyat boleh bangkit setiap minggu. Ada rakyat persoal kenapa buat masa Parlimen bersidang, saya kata tak mahu ganggu kerja rakan media.
“Bila bersidang mereka ada di sini. Kalau tak bersidang saya jemput takut ada tatakelola lain pula,” kata Hamzah.
Perkara itu dimaklumkan Hamzah dalam sidang media ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Parlimen pagi tadi.
Sidang media katanya akan menyentuh isu-isu terkini membabitkan kepentingan rakyat. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.